
Program berkenaan merupakan anjuran bersama Pusat KOMAS dan Jabatan Tenaga Manusia bagi memberi pendedahan kepada golongan pelajar mengenai konsep Bangsa Malaysia serta memupuk semangat perpaduan, keharmonian dan saling menghormati antara kaum serta agama dalam kalangan generasi muda.
Melalui pelaksanaan program ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif yang bertujuan membentuk pemikiran lebih matang, meningkatkan nilai empati serta melahirkan pelajar yang mampu menjadi agen perpaduan di kampus dan dalam masyarakat.
Selain itu, aktiviti yang dijalankan turut membantu meningkatkan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan keyakinan diri pelajar ketika berinteraksi dengan individu daripada pelbagai latar belakang budaya dan sosial.
Pihak ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal berharap penyertaan pelajar dalam program seperti ini dapat melahirkan graduan TVET yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang teknikal, malah memiliki sahsiah diri yang baik, nilai kemanusiaan tinggi serta semangat patriotisme yang selaras dengan aspirasi pembangunan negara.









