Perhimpunan Bulanan Pelajar (April) 2026

Aktiviti Pelajar
๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
29 April 2026 : Perhimpunan pelajar ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal bagi bulan April telah berlangsung dengan jayanya hasil anjuran Bengkel Teknologi Multimedia Interaktif dan Bengkel Teknologi Elektrik.

Majlis perhimpunan telah disempurnakan oleh Faezatul Azma Binti Yusof yang turut menyampaikan amanat dan pesanan kepada para pelajar berkaitan kepentingan menjaga disiplin, tingkah laku serta sahsiah diri sepanjang bergelar pelajar institusi latihan kemahiran.

Dalam ucapannya, beliau turut mengingatkan para pelajar agar sentiasa melibatkan diri dalam program kerohanian anjuran kampus sebagai usaha memperkukuh nilai spiritual dan pembentukan sahsiah diri.

Turut berlangsung dalam perhimpunan tersebut ialah sesi perkongsian maklumat berkaitan peraturan dewan makan, asrama serta prosedur pulang bermalam yang disampaikan oleh wakil Bahagian Khidmat Pengurusan, Mohd Afrie Nizam Bin Abd Rahman.

Pada majlis yang sama, barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal Sesi 2026 turut melafazkan bacaan ikrar sempena pelantikan rasmi mereka serta menerima watikah pelantikan sebagai simbolik amanah yang bakal digalas sepanjang sesi ini.

Selain itu, perhimpunan kali ini turut mencatat sejarah tersendiri apabila berlangsungnya penyerahan watikah pelantikan kepada jawatankuasa Rakan Belia Musleh ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal buat julung kalinya.

Pihak kampus turut merakamkan ucapan tahniah kepada para pelajar Bengkel Teknologi Multimedia Kreatif yang berjaya menerima sijil dan hadiah atas penyertaan dalam Program KESUMA Bersama Rakyat Karnival Teknologi dan Kreativiti JTM 2026 serta Karnival AI dan Robotik Antarabangsa JTM 2026 (AIROC).

Penghargaan turut diberikan kepada para pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang bagi sesi 2/2025 atas pencapaian akademik dan komitmen cemerlang sepanjang pengajian mereka.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€