
30 April 2026 : Peserta Program Latihan Kemahiran TVET Micro-Credential (Micro-C) bidang Teknologi Percetakan Industri telah menamatkan latihan dengan cemerlang di ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal.
Turut membanggakan, kesemua pelajar telah berjaya lulus dalam sesi penilaian yang dikendalikan oleh Pegawai Pengesah Luaran (PPL) yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), sekali gus membuktikan tahap kompetensi serta kemahiran teknikal yang diperoleh menepati standard dan keperluan industri semasa.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal sebagai institusi latihan kemahiran yang sentiasa memberi penekanan kepada aspek kebolehpasaran graduan serta pembangunan tenaga kerja mahir negara.
Pihak kampus turut berharap agar para graduan terus melangkah maju dan cemerlang dalam bidang kerjaya masing-masing, khususnya sebagai bekalan kemahiran bernilai selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ilmu dan kemahiran dalam bidang percetakan industri yang diperoleh sepanjang latihan diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam dunia pekerjaan serta menjadi pemangkin kepada kejayaan masa depan para pelajar.
Dalam masa sama, pihak ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa dan waris atas sokongan berterusan serta kepercayaan yang diberikan kepada pihak kampus dalam melatih, mendidik dan menggilap potensi pelajar.
Kejayaan yang diraikan hari ini bukan sahaja menjadi kebanggaan para pelajar, malah turut menjadi kebanggaan seluruh warga kampus dan keluarga mereka.









