Lawatan Sambil Belajar KV Balik Pulau

Lawatan Sambil Belajar
๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐’๐€๐Œ๐๐ˆ๐‹ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ & ๐Š๐€๐Š๐ˆ๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐Š๐• ๐๐€๐‹๐ˆ๐Š ๐๐”๐‹๐€๐” ๐Š๐„ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹
ย 
07 Mei 2026 :ย ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal menerima kunjungan lawatan daripada pelajar dan kakitangan Kolej Vokasional Balik Pulau dalam usaha memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai suasana pembelajaran, kemudahan latihan serta teknologi pemesinan digital yang digunakan dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional.

Lawatan tersebut melibatkan pelajar Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) yang berpeluang melihat secara lebih dekat kemudahan latihan dan operasi mesin digital yang terdapat di kampus berkenaan.

Program lawatan ini turut memberi pengalaman baharu kepada para pelajar selain membantu meningkatkan pemahaman mereka terhadap fungsi dan penggunaan teknologi digital dalam bidang latihan teknikal, khususnya berkaitan Teknologi Reka Bentuk Grafik.

Pihak ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal berharap program seumpama ini dapat memupuk minat serta meningkatkan semangat pelajar untuk terus meneroka dan mengembangkan potensi diri dalam bidang teknikal dan vokasional sejajar dengan keperluan industri masa kini.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€