Program Latihan Kemahiran TVET Micro Credential

TVET Micro Credential
๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐“๐•๐„๐“ ๐Œ๐ˆ๐‚๐‘๐Ž-๐‚๐‘๐„๐ƒ๐„๐๐“๐ˆ๐€๐‹ ๐“๐„๐Š๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐Š๐‘๐„๐€๐“๐ˆ๐… ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹

08 Mei 2026 : Program Latihan TVET Micro-Credential (Micro-C) dalam bidang Teknologi Media Kreatif di ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal secara rasminya melabuhkan tirai selepas para peserta berjaya menamatkan latihan dan penilaian yang dijalankan.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah mempamerkan kreativiti, komitmen serta kesungguhan sepanjang mengikuti program berkenaan. Kejayaan para peserta lulus penilaian oleh Pegawai Pengesah Luaran (PPL) lantikan Jabatan Pembangunan Kemahiran membuktikan kemahiran mereka diiktiraf mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).

Program ini memberi pendedahan menyeluruh dalam bidang teknologi media kreatif termasuk penghasilan kandungan digital, reka bentuk grafik dan multimedia, sejajar dengan keperluan industri kreatif masa kini yang semakin berkembang dan memerlukan tenaga mahir berkemahiran tinggi.

Pihak kampus turut menyatakan keyakinan bahawa ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program akan menjadi asas kukuh buat para pelajar untuk melangkah lebih jauh dalam bidang kreatif serta membuka peluang kerjaya yang lebih luas selepas tamat persekolahan.

Dalam masa sama, penghargaan turut diberikan kepada ibu bapa dan waris atas kepercayaan yang diberikan kepada ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal sebagai institusi pilihan dalam membangunkan potensi dan bakat anak-anak mereka.

Para peserta juga diharap dapat terus mengembangkan kemahiran serta menjadi generasi โ€œCreative Designersโ€ yang mampu menyumbang kepada industri media kreatif negara pada masa hadapan.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€