Kokurikulum Kursus Lanjutan APM

Kokurikulum
๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ - ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐‹๐€๐๐‰๐”๐“๐€๐ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ
ย 
09 - 10 Mei 2026 :ย Seramai 47 orang pelajar ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal berjaya menyertai Aktiviti Kokurikulum Sesi 1/2026 menerusi Kursus Lanjutan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang dianjurkan bagi meningkatkan kemahiran keselamatan, kepimpinan dan pengurusan kecemasan dalam kalangan pelajar kampus.

Program yang disertai pelajar daripada pelbagai kursus itu bertujuan memberi pendedahan lebih mendalam berkaitan aspek pertahanan awam, bantuan kecemasan serta pengendalian operasi menyelamat. Kursus berkenaan turut menjadi platform melatih pelajar agar lebih bersedia menghadapi situasi kecemasan dan bencana.

Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai modul latihan termasuk pertolongan cemas, kawad kaki, pengurusan bencana, latihan menyelamat serta simulasi kecemasan. Selain itu, peserta turut menjalani latihan praktikal bagi meningkatkan tahap keyakinan dan kecekapan ketika melaksanakan tugasan di lapangan.

Melalui latihan yang dijalankan, pelajar berpeluang mempelajari kaedah bertindak secara lebih tenang, sistematik dan berkesan ketika berdepan situasi kecemasan.

Pihak ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal berharap penyertaan aktif pelajar dalam kursus seumpama ini dapat melahirkan generasi yang lebih bertanggungjawab, berdaya tahan serta mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi. Ilmu dan kemahiran yang diperoleh juga diharap dapat dimanfaatkan untuk membantu masyarakat sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau bencana.

Dalam pada itu, pihak kampus turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan yang bersama-sama menjayakan kursus berkenaan.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€