Pertandingan Futsal Peringkat ILP APNT 2/2024

 
Aktiviti Pelajar
18 - 27 November 2024 : Sejumlah 12 kumpulan pelajar ILP AP Nibong Tebal telah menyertai Pertandingan Futsal Peringkat ILP AP Nibong Tebal Sesi 2/2024 anjuran Biro Sukan & Kebajikan Majlis Perwakilan Pelajar ILP AP Nibong Tebal Sesi 2024.
Pertandingan berlangsung selama 2 minggu ini dijalankan dengan mendapat sambutan yang baik daripada semua pelajar walaupun cuaca hujan melanda kawasan Nibong Tebal.
 
Terima kasih kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar ILP AP Nibong Tebal Sesi 2024 kerana telah melaksanakan pelbagai aktiviti sukan kepada para pelajar sepanjang setahun memegang tanggungjawab dan amanah.
 
Diharapkan aktiviti sihat dan berfaedah seperti ini dapat diteruskan lagi oleh barisan Majlis Perwakilan Pelajar ILP AP Nibong Tebal yang baharu pada tahun hadapan.
 
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖𝒌𝙖𝒏 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”