09 Disember 2024 : Sesi Pembentangan Projek Tahun Akhir Pelajar Diploma Teknologi Percetakan ILP APNT Sesi 2/2024 telah dijalankan di KJM Aluminum Can Sdn Bhd, Nilai Negeri Sembilan. Projek tahun akhir ini telah dibentangkan kepada pihak pengurusan syarikat.
Sesi pembentangan ini melibatkan 25 orang pelajar yang terdiri daripada 9 kumpulan. Turut hadir bersama, para penyelia projek dan kakitangan ILP APNT yang terlibat dalam pembangunan projek tahun akhir pada kali ini.
Ini adalah kali kedua sesi pembentangan yang dilaksanakan di industri. Kos pembangunan projek tahun akhir ini sebahagiannya telah ditaja oleh Syarikat Kian Joo Can Factory Berhad dan Box-Pak (M) Berhad seperti mana yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah termeterai sejak tahun 2023.
Tujuan utama sesi pembentangan ini dilaksanakan adalah untuk menunjukkan sepenuh komitmen dan iltizam ILP APNT dalam pembangunan modal insan bidang Teknologi Percetakan seterusnya menyedikan tenaga mahir kepada industri terutamanya syarikat di bawah Kian Joo Group.
Harapan institut, produk yang dihasilkan ini dapat digunakan di pasaran dan memikat hati pelanggan seterusnya merancakkan promosi ILP APNT dan Kian Joo Group.
Semoga kerjasama yang akrab antara ILP APNT bersama Syarikat-syarikat di bawah Kian Joo Group ini dapat diteruskan lagi dan diteroka lagi untuk pelbagai skop demi memperkasakan latihan kemahiran TVET negara.
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”