21 November 2024 : 29 orang pelajar Teknologi Automotif Servis Semester 1 diiringi 4 orang kakitangan Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai telah melawat Pusat Servis Kenderaan Europro Performance di Sungai Petani, Kedah.
Tujuan program lawatan industri ini dilaksanakan adalah untuk melengkapkan modul Jalinan Industri yang terdapat dalam silibus pembelajaran bidang Teknologi Automotif Servis. Di samping itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Teknologi Automotif Servis ILP APNT mengenai proses penyelenggaraan kenderaan bermula dari penerimaan kenderaan pelanggan sehingga penyerahan semula setelah selesai.
Semoga peluang yang sangat berharga ini dapat memberi manfaat sebaiknya kepada semua peserta lawatan.
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖𝒌𝙖𝒏 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”