Lawatan dari SMK Pendidikan Khas

 
Lawatan Pelajar sekolah
20 November 2024 (Rabu) : ILP AP Nibong Tebal telah menerima kunjungan seramai 24 murid dan 6 orang guru dari SMK Pendidikan Khas Bumbong Lima, Kepala Batas bagi melihat dengan lebih dekat kursus - kursus yang ditawarkan di institut ini kepada murid berkeperluan pendidikan khas untuk menyertai bidang TVET.
 
Para murid yang hadir pada hari ini merupakan murid kategori ketidakupayaan pendengaran, penglihatan, pertuturan dan masalah pembelajaran.
 
Pelbagai rancangan kerjasama telah dibincangkan antara Tuan Pengarah ILP AP Nibong Tebal, Ts. Adnan Bin Ismail serta Pengetua SMK Pendidikan Khas Bumbong Lima iaitu Pn. Rosiah Mohamed Ariff bagi memastikan pihak sekolah serta ILP AP Nibong Tebal sentiasa komited untuk meningkatkan akses pendidikan anak-anak berkeperluan pendidikan khas ini dengan menyediakan pendidikan berkualiti samada dalam bidang akademik atau kemahiran.
 
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖𝒌𝙖𝒏 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”