๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
24 Februari 2025 (Isnin) : Satu majlis Penyampaian Sijil Peningkatan Kemahiran bagi pelajar Program Perantis TVET Madani ILP APNT yang telah diadakan.
ย
Sekalung ucapan tahniah kepada 12 pelajar dari SMK Sultan Ahmad Tajuddin, 19 pelajar dari SMK Sungai Acheh dan juga 21 pelajar dari SMK Seri Nibong yang diraikan dalam majlis yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia.
ย
Turut hadir bersama, Encik Norhisham bin Ramli, Timbalan Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Puan Siti Fadzilah binti Osman, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan.
ย
Program ini adalah salah satu inisiatif Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri di bawah Program Pemerkasaan Dan Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang Tahun 2024. Semua perbelanjaan dan kos pelaksanaan adalah ditanggung dan ditaja sepenuhnya oleh agensi berkenaan.
ย
Objektif utama program adalah untuk mempromosikan sistem latihan kemahiran TVET di samping memberi nilai tambah kepada pelajar sekolah menengah yang menyertainya. Selain itu, program ini juga dapat memupuk minat pelajar dalam aliran latihan kemahiran TVET serta meyakinkan pelajar untuk menyambung pelajaran dalam latihan kemahiran TVET.
ย
Diharapkan usaha dan kejayaan dalam mempelajari ilmu kemahiran TVET oleh para Perantis TVET Madani ILP APNT ini tidak hanya terhenti di sini. Semoga ilmu kemahiran TVET yang diperolehi melalui program ini dapat dipertingkatkan dan memberi manfaat kepada mereka pada masa akan datang.
ย
Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal, salah satu dari 33 institut di bawah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia sentiasa komited dan memberi sepenuh komitmen dalam melahirkan tenaga kerja mahir agar dapat memacu ekonomi negara.
ย
โ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐บ๐ ๐๐ก๐๐จ, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง๐๐จโ
โ๐ด๐๐๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐ด๐๐๐ฎ๐๐ข๐๐ง๐๐ ๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฃโ
ย