Perhimpunan Bulanan Pelajar (Februari) 2025

Aktiviti Pelajar

26 Februari 2025 (Rabu) : Perhimpunan pelajar ILP AP Nibong Tebal bersama Timbalan Pengarah Latihan, En. Mustafa Bin Ibrahim telah berlangsung pada hari Rabu yang lalu di Auditorium ILP AP Nibong Tebal. Perhimpunan yang julung kali diadakan bagi semester ini turut dihadiri oleh pengajar-pengajar dan kakitangan institut.

Beberapa aktiviti telah berlangsung sepanjang majlis antaranya sesi Bacaan Ikrar oleh pelajar, Persembahan Pelajar dari kursus Teknologi Automotif Servis, Teknologi Litografi Ofset dan Diploma Teknologi Percetakan, ucapan daripada Ketua Bahagian Cetak, perkongsian ilmu dari Penolong Pengarah BPPA, ucapan daripada Timbalan Pengarah Latihan serta penyampaian sijil Pelajar Cemerlang sesi 1/2024 dan 2/2024.
ย 
Tahniah kepada yang berjaya. Tahniah juga kepada para pelajar dan kakitangan bengkel Teknologi Automotif Servis, Teknologi Litografi Ofset dan Diploma Teknologi Percetakan selaku urusetia yang menjayakan perhimpunan pelajar kali ini.
ย 
โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€
ย