KJP Sijil Kompetensi Operasi Dron (SKOD)

Kursus Jangka Pendek

19 - 23 Februari 2025 : 22 orang peserta dari pelbagai latar belakang telah menyertai Program Kursus Jangka Pendek Sijil Kompetensi Operasi Dron (SKOD). Kursus ini telah menarik penyertaan yang sangat menggalakkan dan memberi peluang kepada para peserta untuk memperkukuhkan kemahiran mereka dalam operasi dron.

Kursus ini dibangunkan khas untuk memberi pendedahan kepada peserta dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan untuk mengendalikan dron dengan selamat dan berkesan, di samping memahami undang-undang serta peraturan yang berkaitan.

Kursus ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam industri dron, memberikan peserta ilmu dan kemahiran terkini yang relevan dengan keperluan pasaran.

Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus ini! Semoga ilmu kemahiran yang telah diperolehi melalui kursus ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam melaksanakan tugas semasa mahupun kehidupan seharian.

"๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€

โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€

ย