Lawatan Kolaborasi Industri Syarikat Print Plus Brunei

01 Februari 2023 : Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah menerima kunjungan dari Syarikat Print Plus, Brunei.

Lawatan ini dimulakan dengan sesi perbincangan antara kedua-dua syarikat dengan pihak pengurusan ILP APNT. Antara isi kandungan perbincangan adalah bentuk kerjasama dan skop kolaborasi yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2023.

Seterusnya, pihak pengurusan syarikat berkenaan telah dibawa melawat bengkel di bawah Jabatan Mekanikal & Pengeluaran.

Pihak syarikat menyatakan minat dan tertarik dengan khidmat nasihat dan teknikal dalam pembangunan sumber manusia yang boleh diberikan oleh institut ini. Antara yang dibincangkan ketika sesi lawatan bengkel adalah program latihan kemahiran bagi pekerja syarikat dalam pengendalian mesin Heidelberg Diecut Variamatrix. 

Semoga dengan terjalinnya hubungan baik dan kolaborasi di antara institut ini dengan industri luar negara dapat memberi impak positif kepada industri percetakan negara kita.