KJP Basic Drone Handling Skills

ak

31 Januari - 4 Februari 2023 : Selama 5 hari telah berlangsungnya Kursus Jangka Pendek bagi Program Khas TVET Digital yang bertajuk Basic Drone Handling Skills. 

Kursus ini telah disertai oleh 50 orang peserta yang terdiri dari pelbagai latar belakang seperti pencari kerja, pekerja yang ingin menambah ilmu kemahiran dan komuniti setempat. Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Multimedia Interaktif.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi ilmu kemahiran baru iaitu asas pengendalian drone kepada para peserta. Seterusnya dengan ilmu kemahiran yang dipelajari selama 5 hari ini dapat digunakan untuk menjana pendapatan kerana peserta juga diberi pendedahan untuk mewujudkan laman media sosial bagi memasarkan khidmat yang boleh disampaikan kepada bakal pelanggan di luar sana seperti fotografi dan videografi menggunakan drone.

Semoga dengan ilmu kemahiran yang telah dipelajari sepanjang 5 hari kursus di Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal pada kali ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan membuka laluan kerjaya baru dalam bidang drone.

Sekiranya ada agensi kerajaan atau syarikat swasta mahupun orang persendirian yang berminat untuk mengadakan kursus seperti ini atau tajuk-tajuk lain yang kami sediakan, boleh terus menghubungi Unit CESS ILP APNT.