01 Februari 2023 : Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah menerima kunjungan para pegawai dari Institut Latihan Perindustrian Selandar.
Tujuan lawatan penanda aras ini dilaksanakan ini adalah untuk memberi pendedahan dan panduan kepada para pegawai yang berkenaan tentang pelaksanaan latihan Teknologi Multimedia Interaktif yang dilaksanakan di institut ini.
Program lawatan ini dimulakan dengan pembetangan dan pengenalan ILP APNT kepada para pegawai ILP Selandar di bilik mesyuarat. Pembentangan ini telah diberikan oleh Puan Syaharazad Helmy binti Abdullah Halim, Timbalan Pengarah Operasi ILP APNT.
Seterusnya, para pegawai ILP Selandar telah dibawa melawat ke bengkel Teknologi Multimedia Interaktif, Teknologi Percetakan Digital, Teknologi Rekabentuk Grafik dan diakhiri dengan Teknologi Litografi Ofset.
Semoga program lawatan ke institut ini dapat memberi manfaat dan mencapai objektif yang ditetapkan oleh ILP Selandar.