05 Oktober 2023 (Khamis) : Pihak pengurusan tertinggi ILP APNT diketuai oleh Tuan Pengarah, Ts. Adnan bin Ismail telah mengadakan satu kunjungan mesra ke Kolej Vokasional Nibong Tebal.
Kunjungan disambut mesra Pengarah Kolej Vokasional Nibong Tebal, Tuan Haji Zainol bin Darus serta pegawai kanan yang lain. Antara agenda perbincangan adalah kerjasama dalam pembangunan latihan kemahiran secara upskilling untuk para pelajar Kolej Vokasional Nibong Tebal dan kakitangan akademik kolej.
Program upskilling yang dirancang boleh dijadikan nilai tambah kepada para pelajar semester akhir sebelum tamat latihan mereka di Kolej Vokasional. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan tertinggi Kolej Vokasional Nibong Tebal kerana sudi meluangkan masa menerima kehadiran para pegawai dari institut ini.
Semoga dengan terjalinnya hubungan baik antara kedua-dua pihak dapat diteruskan lagi bagi memartabatkan latihan kemahiran TVET di negara kita.