Program Refleksi Rakan Muda

03 Oktober 2023 (Selasa) : Program Refleksi Rakan Muda Peringkat Negeri Pulau Pinang 2023 telah diadakan dan dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan iaitu Social Community Programs Urban Society Malaysia (SCOPURS) di Auditorium ILP AP Nibong Tebal.
Seramai 143 orang pelajar ILP AP Nibong Tebal telah terpilih untuk mengikuti program berkenaan. Tujuan program ini adalah untuk membina keyakinan diri golongan belia dalam menghadapi setiap cabaran hidup dan mencorak nilai - nilai kepimpinan sejati dalam diri mereka.
Semoga para pelajar mendapat manfaat daripada aktiviti yang dilaksanakan bersama barisan penceramah profesional yang dijemput.
Pihak institut mendoakan agar para pelajar ILP AP Nibong Tebal menjadi insan yang berdaya tahan, tabah dalam mengorak langkah mengecapi kecemerlangan hidup dan bijak menguruskan tekanan diri serta memiliki kemahiran insaniah sebagai teras kehidupan.