Mesyuarat Kolaborasi Bersama Industri

06 Oktober 2023 (Jumaat) : Satu mesyuarat kolaborasi industri antara ILP APNT bersama BP MPAK Sdn Bhd dan BOX-PAK Bhd. Kedua-dua syarikat tersebut adalah anak syarikat di bawah Kian Joo Group.
Syarikat pembuatan kotak corrugated yang terletak di Batu Caves, Selangor dan Senai, Johor diwakili oleh Pengurus Sumber Manusia masing-masing. Tujuan mesyuarat kolaborasi industri ini dilaksanakan adalah untuk membincangkan pelaksanaan program SLDN dalam bidang Flexoprint (Corrugated) Production.
Usai mesyuarat, pihak pengurusan syarikat telah dibawa melawat ke Bengkel Teknologi Litografi Ofset bagi melihat dengan lebih dekat lagi fasiliti bidang teknologi percetakan di institut ini.
Semoga kerjasama dan kolaborasi industri yang tejalin antara ILP APNT dengan BP MPAK Sdn Bhd dan BOX-PAK Bhd ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.