KJP Asas Aplikasi MS Word

20 Mei 2024 (Isnin) Kursus Jangka Pendek Asas Aplikasi Microsoft Word dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang. Seramai 30 pegawai menyertai kursus jangka pendek ini. Kursus dijalankan di di Makmal Komputer Bahagian Teknologi Multimedia Interaktif Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal.

Para peserta telah diajar asas penyediaan dokumen menggunakan aplikasi Microsoft Word. Tenaga pengajar melibatkan program ini adalah Ts. Syamsul 'Azmirullah bin Mohd Diah, Puan Zarina Marian binti Ridzwan dan Puan Hafizah binti Mohamad Deli.

Semoga ilmu kemahiran yang telah dipelajari selama dua hari ini dapat memberi manfaat yang sebaiknya kepada para peserta dalam melaksanakan tugas dan kerja masing-masing.

Sekiranya ada agensi kerajaan atau syarikat swasta berminat untuk mengadakan kursus seperti ini atau tajuk-tajuk lain yang kami sediakan, boleh terus menghubungi Unit CESS ILP APNT.

 

“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”