21 Mei 2024 (Selasa) Kursus Jangka Pendek Asas Aplikasi Microsoft Excel dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang. Seramai 30 pegawai menyertai kursus jangka pendek ini. Kursus dijalankan di di Makmal Komputer Bahagian Teknologi Multimedia Interaktif Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal.
Para peserta telah diajar dengan asas penyediaan data dan analisis menggunakan aplikasi Microsoft Excel. Tenaga pengajar melibatkan program ini adalah Ts. Syamsul 'Azmirullah bin Mohd Diah, Puan Zarina Marian binti Ridzwan dan Puan Hafizah binti Mohamad Deli.
Semoga ilmu kemahiran yang telah dipelajari selama dua hari ini dapat memberi manfaat yang sebaiknya kepada para peserta dalam melaksanakan tugas dan kerja masing-masing.
Sekiranya ada agensi kerajaan atau syarikat swasta berminat untuk mengadakan kursus seperti ini atau tajuk-tajuk lain yang kami sediakan, boleh terus menghubungi Unit CESS ILP APNT.