21 Mei 2024 (Selasa) :ย Seramai 33 orang murid Tingkatan 3 dan guru pengiring dari SMK Lubuk Buntar telah melawat ILP AP Nibong Tebal pagi tadi.
Lawatan tersebut dimulakan dengan sesi taklimat daripada Pn. Fairuz Syatilla Binti Rozaini mengenai sejarah institut, misi dan visi jabatan dan kursus-kursus yang ditawarkan di ILP AP Nibong Tebal. Para murid juga diterangkan dengan lebih lanjut tentang kemudahan yang disediakan di ILP AP Nibong Tebal seperti elaun, fasiliti dan peluang pekerjaan setelah tamat belajar nanti.
Para murid dan guru juga diberi berpeluang melihat sendiri peralatan dan teknologi terkini yang digunakan dalam latihan ketika dibawa ke lawatan setiap bengkel. Mereka juga ditunjukkan demonstrasi praktikal bagi setiap kursus agar lebih jelas dengan proses pembelajaran yang akan diikuti setelah memilih bidang yang diminati di institut ini.
Ternyata sesi lawatan bengkel ini menarik minat para murid dan menambah kefahaman mereka tentang setiap kursus berkenaan.
ย