20 April 2024 (Sabtu) : Satu program gotong royong di Surau Pusat Pengajian Sahah Raudhah Al-Jawi Nibong Tebal telah disertai oleh Sukarelawan Wira Kesuma yang terdiri daripada 11 orang pelajar dan 1 orang kakitangan ILP APNT, Encik Muhammad Faizal Izhar bin Abdullah.
Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk membersihkan kawasan surau pusat pengajian Islam tersebut bagi memberikan suasana yang konudsif kepada para pelajar dan pengajar untuk menimba ilmu agama supaya lebih berkesan.
Sebagai makluman, Wira Kesuma merupakan satu badan sukarelawan yang terbuka untuk semua pelatih TVET terutamanya di Kementerian Sumber Manusia(KSM). Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mendedahkan kepada anak muda kita kepada aktiviti-aktiviti yang membina jatidiri, menyumbang kepada masyarakat, dan sekaligus mendidik, melatih para pelatih TVET secara holistik.
Syabas dan tahniah semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung menjayakan Program CSR Wira Kesuma ILP APNT ini. Semoga program ini mampu mewujudkan jalinan kemesraan antara pihak institut dan komuniti setempat.
ย