Kerjasama Strategik

24 April 2024 (Rabu) : Majlis Menandatangani Dokumen Perjanjian Kerjasama Strategik Antara Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Dengan Sekolah Menengah Agama Maahad As Syaksiah Tahfiz Sains (MATSA) di premis sekolah berkenaan di Simpang Ampat Pulau Pinang.

Dokumen perjanjian berkenaan telah ditandatangani oleh Pengarah ILP APNT, Ts. Adnan bin Ismail dan Ustaz Usman bin Haji Jaafar, Pengasas SMA MATSA.

Kerjasama ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar lepasan MATSA untuk melanjutkan pelajaran ke bidang kemahiran yang ditawarkan di institut ini secara sepenuh masa mahupun separuh masa dalam usaha menghasilkan 'Huffaz Teknokrat' dan merancakkan lagi Program TVET Tahfiz.

Semoga dengan terjalinnya kerjasama strategik antara dua pihak ini dapat memberi impak yang positif kepada pembangunan latihan kemahiran TVET negara kita.

ย 

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€
ย