22 April 2024 (Isnin) : Satu Mesyuarat Kolaborasi Antara Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal Bersama Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Pulau Pinang bertempat di Menara Komtar Pulau Pinang.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan skop kerjasama antara kedua-dua pihak dan penglibatan institut ini dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirangka oleh Jabatan Penerangan Malaysia sepanjang tahun ini.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pengarah ILP APNT, Ts. Adnan bin Ismail serta pegawai kanan institut. Manakala Jabatan Penerangan Malaysia telah diwakili oleh Encik Sabri bin Said, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang.
Semoga kolaborasi antara kedua-dua agensi kerajaan ini dapat memberikan manfaat kepada semua golongan masyarakat serti dapat memperkasakan bidang kemahiran TVET negara kita.
ย