Pengenalan
ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal merupakan Pusat Kecemerlangan (Centre of Skills Excellence(CoSE)) dalam bidang Teknologi Percetakan daripada 15 bidang yang terlibat. Kursus – kursus yang terlibat dalam bidang percetakan adalah Cetak, Grafik, Digital dan Diploma Percetakan ditawarkan di sini kepada warga Malaysia yang berminat samada secara sepenuh masa atau pun separuh masa.
ILJTM yang menawarkan bidang percetakan untuk menyambung pengajian adalah di ILP Arumgam Pillai serta ILP Kuala Lumpur. Bagi pelajar yang menyambung pengajian dalam kursus Teknologi Percetakan Cetak, Grafik atau Digital, mereka akan ditawarkan Sijil Teknologi Perindustrian dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 mengikut bidang masing – masing selama 27 bulan dan seterusnya pelajar - pelajar bagi ketiga – tiga kursus ini boleh menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi di institut ini iaitu ke peringkat Diploma Teknologi Percetakan & Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4.
ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal turut membuka laluan akademik dan kerjaya bagi individu yang mempunyai Diploma kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 yang berminat untuk mendapatkan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 secara PPT dengan menyediakan Kursus Jangka Pendek (KJP).
Ahli Jawatankuasa CoSE
Ahli Jawatankuasa CoSE Teknologi Percetakan terdiri daripada Pengerusi CoSE Teknologi Percetakan iaitu Tuan Haji Azman Bin Ibrahim dan dibantu oleh 11 orang kakitangan bidang percetakan dari ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal dan 7 orang dari ILP Kuala Lumpur.
Ahli jawatankuasa yang dilantik akan bermesyuarat setiap 2 kali setahun untuk membincangkan mengenai keperluan peralatan terkini dalam meningkatkan keberkesanan pelaksanaan kursus di CoSE, mengenalpasti keperluan pembangunan kemahiran yang diperlukan oleh pengajar dalam meningkatkan kualiti tenaga pengajar dalam aspek pengetahuan dan kemahiran, mengenalpasti dan menjalin kerjasama dengan industri bagi peningkatan kualiti latihan dan memantau, mengawal kualiti, menentukan hala tuju kursus dan memberi nasihat dalam penambahbaikan kurikulum dan fasiliti kursus.
Aktiviti CoSE
1.MoU/ NoU/Kerjasama Pintar/SLDN
Antara pihak yang telah menjalinkan hubungan kolaborasi adalah:
1) New Dot Imaging Sdn. Bhd.
2) Percetakan Fadhilat
3) YAMAGATA (M) Sdn. Bhd.
4) GS Paperboard & Packaging Sdn Bhd
5) Utusan Melayu (Malaysia) Berhad
6) Kuang Yee Image Press Sdn Bhd
7) Kolej Vokasional Balik Pulau & Kuala Krai
8) Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)
2.Program Train of Trainers (TOT), Teaching Factory & Kursus Persijilan Profesional
Program Train of Trainers (TOT) melibatkan Program Peningkatan Kemahiran (PPK) dan In House Training yang sentiasa diadakan pada setiap tahun untuk pengajar – pengajar bidang percetakan di ILP Arumugam Pillai Nibong dan Tebal dan ILP Kuala Lumpur bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal pengajar agar sejajar dengan keperluan industri dan teknologi terkini.
Program Teaching Factory pula dijalankan setiap bulan bersama industri dengan melibatkan sesi peningkatan kemahiran di antara pelajar dengan industri serta pelajar dengan industri. Tujuan program ini adalah bagi mengurangkan jurang antara kompetensi pengajar/pelajar dengan keperluan industri serta berkongsi kepakaran dan peralatan di antara kedua – dua belah pihak.
Pengajar – pengajar yang berpengalaman luas turut dihantar ke Kursus Persijilan Profesional mengikut kepakaran masing – masing supaya kemahiran dan pengalaman mereka diiktiraf badan profesional. Dengan kepakaran dan pengiktirafan ini sedikit sebanyak membantu dalam menghasilkan pelajar yang lebih kompeten dan memenuhi kriteria dan kehendak pasaran yang terkini.
3.Kursus Jangka Pendek (KJP)
Kursus Jangka Pendek ini ditawarkan kepada semua golongan sama ada pelajar, orang perseorangan, badan – badan kerajaan, pihak industri dan sebagainya. Yuran yang berpatutan dikenakan bagi setiap kursus yang diadakan dengan menyediakan pengajar yang berpengalaman, kemudahan peralatan yang lengkap serta sijil penyertaan. Contoh kursus KJP yang dilaksanakan adalah:
1) Create Your Own Banner And Bunting
2) Create Your Own Goodies Bag
3) Create Your Own Greeting Card
4) Create Your Own Hardcover Binding
5) Basic Photography
6) Microsft Visio
7) Basic Adobe Illustrator
8) Basic 2D Animation
9) Basic Video Editing
10) Handling of Video Camera
Kursus KJP mengikut permintaan Institut Latihan Kemahiran Awam atau Institut Latihan Kemahiran Swasta turut diadakan dalam membantu pihak ILPKA dan ILPKS yang kekurangan kemudahan dan kepakaran bidang percetakan serta bersama – sama melengkapkan silibus dan penilaian mereka./p>
4.Program Succession Planning
Program ini bertujuan melatih tenaga pakar dan memberi bimbingan kepada pengajar baharu tentang pengetahuan, kemahiran dan penyampaian pengajaran. Antara aktiviti dijalankan seperti pemindahan ilmu (knowledge transfer) daripada pengajar pakar kepada pengajar baharu dalam bidang percetakan dengan mengadakan kelas atau menyiapkan tugasan dari semasa ke semasa serta aktiviti Mentor Mentee di mana pengajar berpengalaman membantu dan berkongsi idea kepada pengajar baharu dalam menyampaikan pengajaran kepada pelajar di dalam kelas agar ilmu dan kemahiran daripada pengajar berpangalaman ini dapat digunapakai secara berterusan.
5.Pertandingan Kemahiran
Setiap tahun pelajar dan pengajar akan menyertai pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) dan World Skills Malaysia Pengajar (WSMP) di dalam bidang Graphic Design. Pada tahun 2017 yang lepas pelajar dar ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal telah berjaya sehingga ke Peringkat Akhir dan memperolehi pingat gangsa. Pertandingan ini memberi peluang kepada pengajar dan pelajar mengasah bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi serta berpeluang berkongsi pengalaman dengan peserta – peserta dari Institut Latihan Kemahiran Awas/Swasta yang lain.