11 Oktober 2024 (Jumaat) : Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal yang diwakili oleh Timbalan Pengarah Latihan, YM Ts. Raja Muhammed bin Raja Daud dan pegawai kanan yang lain telah menghadiri sesi perbincangan bersama pengetua SMK Seri Nibong dan guru kanan mereka.
ย
Tujuan perbincangan adalah untuk mempelawa para pelajar SMK Seri Nibong untuk menyertai Program Perantis TVET Madani, Latihan Kemahiran Teknologi Media Kreatif yang akan dijalankan selama 8 sesi setiap Sabtu bermula November 2024 nanti. Program ini sepenuhnya ditaja oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri di bawah Program Pemerkasaan Dan Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang Tahun 2024.
ย
Program ini adalah salah satu usaha institut ini dalam mempromosi dan memperkenalkan bidang Teknologi Media Kreatif kepada para pelajar sekolah menengah agar mereka berminat untuk menyertai latihan sepenuh masa di ILP APNT nanti.
Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal, salah satu dari 33 institut di bawah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia sentiasa komited dan memberi sepenuh komitmen dalam melahirkan tenaga kerja mahir agar dapat memacu ekonomi negara.
ย
Sekiranya ada mana-mana sekolah, jabatan dan agensi kerajaan mahupun pihak industri memerlukan khidmat latihan kemahiran dari institut ini, boleh terus menghubungi pihak kami.
ย
๐๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐๐ญ๐ & ๐๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐จ๐ฒ๐ฆ๐๐ง๐ญ ๐๐ฎ๐ฉ๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ ๐๐๐ซ๐ฏ๐ข๐๐ (๐๐๐๐)
Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai
Nibong Tebal, Pulau Pinang
+604-5956088 / 6016 / 6011
ย
โ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐บ๐ ๐๐ก๐๐จ, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง๐๐จโ
โ๐ด๐๐๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐ด๐๐๐ฎ๐๐ข๐๐ง๐๐ ๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฃโ
ย