Sambutan Hari Sukan Negara

Aktiviti Pelajar

12 Oktober 2024 : Pelajar dan kakitangan ILP AP Nibong Tebal telah sama - sama memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Daerah Sebarang Perai Selatan pada Sabtu yang lalu bertempat di Kompleks Rakan Muda Jawi. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Fadhlina Binti Sidek, Ahli Parlimen Nibong Tebal merangkap Menteri Pendidikan Malaysia.
 
Pelbagai acara diadakan antaranya Fun Run 5km, Fun Walk 2km, Megarobik, Shoot & Score, Mini Golf, Skipping Challenge, Sit Up Challenge, Plank Challenge, Sepak Raga Ratus dan pelbagai lagi cara menarik telah disediakan kepada pengunjung.
Pelajar ILP AP Nibong Tebal turut menyertai aktiviti berkenaan telah berjaya mendapat tempat kedua Shoot & Score Bola Jaring serta cabutan bertuah. 
 
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”