Program Perantis TVET

Perantis TVET

10 September 2024 (Selasa) : Satu Program Perantis TVET Madani telah dilaksanakan bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin bagi Latihan Kemahiran Teknologi Percetakan.
 
Program ini mengambil masa selama 18 sesi yang mana dijalankan pada hari Selasa setiap minggu sehingga Januari 2025. Para pengajar yang terlibat adalah di kalangan kakitangan Jabatan Mekanikal & Pengeluaran ILP APNT .
 
Para pelajar akan diajar ilmu kemahiran bermula dari teknik asas fotografi dan penghasilan reka bentuk menggunakan aplikasi Canva. Seterusnya, reka bentuk yang dihasilkan akan dicetak menggunakan mesin cetak digital dan litografi ofset.
Produk-produk yang bakal dihasilkan oleh para pelajar SMK Sultan Ahmad Tajuddin ini adalah seperti mug, mouse pad, button badge, bunting dan juga buku nota. Semua produk berkenaan akan direka bentuk mengikut tema yang sesuai berdasarkan identiti SMK Sultan Ahmad Tajuddin dan citarasa para pelajar yang menyertainya.
 
Program ini adalah salah satu usaha institut ini dalam mempromosi dan memperkenalkan bidang Teknologi Percetakan kepada para pelajar sekolah menengah agar mereka berminat untuk menyertai latihan sepenuh masa di ILP APNT nanti.
Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal, salah satu dari 33 institut di bawah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia sentiasa komited dan memberi sepenuh komitmen dalam melahirkan tenaga kerja mahir agar dapat memacu ekonomi negara.
 
Sekiranya ada mana-mana sekolah, jabatan dan agensi kerajaan mahupun pihak industri memerlukan khidmat latihan kemahiran dari institut ini, boleh terus menghubungi pihak kami.
 
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”