10 September 2024 (Selasa) : Seramai 7 orang pegawai daripada Ahli Jawatankuasa Kluster Percetakan, ILP AP Nibong Tebal telah menyertai satu lawatan kerja yang penuh dengan ilmu dan peluang ke UUM Press, IKM Alor Setar, dan kilang Tshirt Sublimation Titi Merah di Langgar. Lawatan ini diadakan dengan objektif utama untuk mendalami teknologi percetakan terkini yang terdapat di sana serta meneroka potensi kerjasama strategik yang boleh dimanfaatkan bersama.
Di UUM Press, para pegawai berpeluang untuk melihat secara dekat proses percetakan buku, penerbitan, dan teknologi cetakan digital terkini yang digunakan. Ini memberi inspirasi baru untuk institut menginovasikan kaedah percetakan di ILP APNT serta membuka ruang kepada kolaborasi dalam penerbitan bahan ilmiah dan pengeluaran cetakan berkualiti tinggi.
Sementara itu di IKM Alor Setar pegawai melihat sendiri pendekatan pembelajaran berasaskan kemahiran dalam bidang percetakan dan pengeluaran fabrik. Lawatan ini turut memberikan peluang tenaga pengajar berinteraksi mengenai IKM bidang Teknousahawan, sekali gus mengenal pasti peluang untuk bekerjasama dalam melahirkan tenaga kerja yang lebih kompeten dan berdaya saing dalam industri percetakan.
Kemuncak lawatan adalah di kilang Tshirt Sublimation Titi Merah di Langgar di mana pegawai didedahkan kepada teknologi sublimation terkini yang menjanjikan cetakan berkualiti tinggi dengan kos yang lebih efisien. Ini membuka peluang untuk menerokai usaha sama dalam pengeluaran produk-produk inovatif menggunakan teknologi sublimation ini.
Lawatan ini bukan sahaja memberi pendedahan berharga mengenai teknologi percetakan terkini, tetapi juga membuka peluang untuk mewujudkan jaringan kerjasama yang lebih kukuh antara institusi latihan dan industri. Semoga usaha ini akan membawa manfaat besar dalam pembangunan kemahiran dan inovasi teknologi percetakan di masa hadapan.
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”