14 - 15 Oktober 2023 : Sesi kedua bagi Program Perantis TVET Madani SMK Taman Mutiara telah diadakan dan dikendalikan oleh pengajar Teknologi Automotif, Encik Norhatzari bin Hassan.
Program yang diadakan setiap hujung minggu ini melibatkan 22 orang pelajar tingkatan 4 SMK Taman Mutiara. Program ini bertujuan untuk memupuk minat dan memberi pendedahan awal kepada para pelajar berkenaan ilmu kemahiran TVET yang boleh dijadikan pilihan selepas tamat alam persekolahan nanti.
Institut ini juga berusaha untuk meneroka peluang untuk menjalankan program seperti ini dalam bidang kemahiran lain dengan sekolah menengah yang berminat. Bidang lain yang ditawarkan adalah Teknologi Rekabentuk Grafik, Teknologi Percetakan, Teknologi Multimedia dan Teknologi Elektrik.
Dengan terlaksananya program ini, para pelajar yang terlibat dapat bersedia lebih awal dan memupuk minat yang lebih mendalam untuk meneruskan pengajian dalam bidang latihan kemahiran TVET.
Semoga usaha murni antara kedua-dua pihak ini dapat memberi manfaat yang sebaiknya dan memartabatkan latihan kemahiran TVET negara.