Bola Jaring Hari Sukan Negara

14 Oktober 2023 : Sempena Hari Sukan Negara 2023, pasukan Bola Jaring ILP AP Nibong Tebal turut mengambil bahagian dalam menyertai pertandingan bola jaring yang dianjurkan oleh Pejabat Belia & Sukan Daerah Seberang Perai Tengah bertempat di Politeknik Seberang Perai.
Hasil inisiatif pihak institut dalam memartabatkan sukan bola jaring di institut ini dengan mengadakan latihan bola jaring saban minggu oleh jurulatih profesional kepada pelajar, ternyata ianya telah membuahkan hasil.
Pasukan Bola Jaring ILP APNT telah menjadi Naib Juara Kumpulan dan layak berentap sehingga peringkat Suku Akhir.
Tahniah diucapkan kepada semua pemain serta pegawai pengiring kerana telah bertungkus lumus sepanjang minggu ini berlatih dan membuat persiapan lengkap bagi menjayakan pertandingan ini.
Dengan penglibatan ILP AP Nibong Tebal pada program Hari Sukan Negara 2023 menunjukkan pihak institut sentiasa menyokong hasrat kerajaan dalam membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif selaras dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030.
Semoga kejohanan ini juga secara tidak langsung dapat membawa nama ILP AP Nibong Tebal agar lebih dikenali oleh masyarakat setempatnya khususnya dan warga Pulau Pinang amnya.