07 Mac 2024 (Khamis) : Pelajar Sijil Teknologi Semester 1 ILP AP Nibong Tebal telah menyertai Program Pendidikan Pengundi (Voter Education (VE)) anjuran Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Auditorium ILP APNT.
Para pelajar diberikan taklimat mengenai prosedur pilihan raya yang dilaksanakan di Malaysia dan didedahkan mengenai kesedaran tentang tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk turut serta mengundi ketika pilihan raya diadakan di negara ini nanti.
Beberapa aktiviti dan kuiz dijalankan kepada pelajar dan diberikan cenderahati kepada meraka bagi memeriahkan lagi suasana program.
Terima kasih kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang atas kesudian berkongsi ilmu kepada para pelajar ILP AP Nibong Tebal.