06 Mac 2024 (Rabu) : satu program gotong royong di Masjid Nurul Iman, Jalan Bukit Panchor Nibong Tebal telah dilaksanakn dan disertai oleh Sukarelawan Wira Kesuma yang terdiri daripada 51 orang pelajar dan 10 orang kakitangan ILP APNT.
Tujuan utama Program CSR Wira Kesuma ILP APNT ini diadakan pada kali ini adalah untuk membersihkan kawasan sekitar masjid dan memasang khemah bagi persediaan untuk menyambut bulan yang mulia, Bulan Ramadan.
Sebagai makluman, Wira Kesuma merupakan satu badan sukarelawan yang terbuka untuk semua pelatih TVET terutamanya di Kementerian Sumber Manusia(KSM). Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mendedahkan kepada anak muda kita kepada aktiviti-aktiviti yang membina jatidiri, menyumbang kepada masyarakat, dan sekaligus mendidik, melatih para pelatih TVET secara holistik.
Syabas dan tahniah semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung menjayakan Program CSR Wira Kesuma ILP APNT ini. Semoga program ini mampu mewujudkan jalinan kemesraan antara pihak institut dan komuniti setempat.