Program National Training Week 2024

NTWMemanah

29 Jun 2024  : Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal sebagai salah satu penyedia latihan yang berdaftar dengan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) telah menganjurkan kursus yang bertajuk Asas Memanah.

Kursus pada kali ini dijalankan bersempena Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) dan ditawarkan secara percuma kepada semua rakyat Malaysia.

Kursus Asas Memanah ini telah telah dihadiri oleh 12 orang peserta dan dibimbing oleh dua orang jurulatih dari kalangan kakitangan institut ini. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada para peserta berkenaan teknik-teknik asas memanah. Para peserta juga telah diberi pendedahan kepada peralatan dan latihan praktikal di Padang ILP APNT.

National Training Week (NTW) berlangsung bermula 24 – 30 Jun 2024 adalah bertujuan menanam budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat Malaysia melalui peluang pembangunan kemahiran dan pengetahuan percuma.

Semoga dengan ilmu kemahiran yang telah dipelajari sepanjang 1 hari berkursus di Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal pada kali ini dapat dimanfaatkan dan memberi faedah kepada para peserta.

 

“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”