29 Jun 2024 : Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal sebagai salah satu penyedia latihan yang berdaftar dengan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) telah menganjurkan kursus yang bertajuk Bina Aplikasi Mobile.
Kursus pada kali ini dijalankan bersempena Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) dan ditawarkan secara percuma kepada semua rakyat Malaysia.
Kursus Bina Aplikasi Mobile ini telah telah dihadiri oleh 18 orang peserta dan dibimbing oleh tiga orang pengajar dari Bahagian Teknologi Multimedia & Interaktif, ILP APNT.
Tujuan pelaksanaan Kursus Bina Aplikasi Mobile adalah untuk memberikan peluang kepada peserta untuk belajar kemahiran praktikal dan pengetahuan mendalam dalam pembangunan aplikasi telefon pintar.
National Training Week (NTW) berlangsung bermula 24 – 30 Jun 2024 adalah bertujuan menanam budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat Malaysia melalui peluang pembangunan kemahiran dan pengetahuan percuma.
Semoga dengan ilmu kemahiran yang telah dipelajari sepanjang 1 hari berkursus di Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal pada kali ini dapat dimanfaatkan dan memberi faedah kepada para peserta.