22 Ogos 2024 (Khamis) : Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (National Cancer Society Malaysia, NCSM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia sedang melaksanakan program suntikan imunisasi Human Papillomavirus (HPV) - "Tanpa Meninggalkan Sesiapapun: Menoktahkan Kanser Serviks di Malaysia". Matlamat utama program ini adalah untuk mencegah dan mengurangkan risiko kanser dalam kalangan rakyat Malaysia.
ย
Seramai 260 orang pelajar ILP AP Nibong Tebal telah melaksanakan suntikan ini pada pagi tadi bertempat di Dewan Sukan ILP AP Nibong Tebal sebagai tanda sokongan dan kerjasama atas usaha pihak kerajaan kepada rakyat mengenai isu kesihatan. Antara kebaikan suntikan HPV adalah melindungi individu daripada beberapa jenis (Human Papillomavirus) HPV yang mengakibatkan antaranya kanser serviks, kanser pangkal hidung, kanser zakar dan kanser faraj serta menurunkan kadar statistik kanser paling kerap berlaku iaitu kanser serviks di kalangan wanita.
ย
โ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐บ๐ ๐๐ก๐๐จ, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง๐๐จโ
โ๐ด๐๐๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐ด๐๐๐ฎ๐๐ข๐๐ง๐๐ ๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฃโ
ย