Lawatan Kerja Rasmi KOR Ordnans Diraja

Lawatan Kerja Rasmi

Pada 21 Ogos 2024 (Rabu) Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah berbesar hati menerima kunjungan mesra dari Pegawai Kanan Kor Ordnans Diraja dan Anggota Tentera yang diketuai oleh YBhg. Brigedier Jeneral Dato’ Haji Suhaimi bin Mat Isa, Pengarah Ordnans Merangkap Pengerusi Kor Ordnans Diraja.
 
Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan kolaborasi antara Kor Ordnans Diraja dengan Jabatan Tenaga Manusia yang telah dimuktamadkan melalui Nota Kerjasama pada 13 Jun 2024 yang lalu.
Lawatan dimulakan dengan sesi pengenalan, taklimat fungsi dan peranan Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal. Pada sesi ini, banyak perkara telah dibincangkan dan pertukaran idea serta perancangan aktiviti bersama juga telah dirangka.
 
Selepas itu, YBhg. Brigedier Jeneral Dato’ Haji Suhaimi bin Mat Isa serta peserta lawatan yang lain telah diiringi oleh Tuan Pengarah ILP APNT dan pegawai kanan, melawat ke bengkel latihan bagi tujuan untuk memahami dan melihat dengan lebih dekat fungsi dan peranan ILP APNT dalam memberi latihan kemahiran kepada para pelajar.
 
Semoga hubungan kerjasama dan kolaborasi antara Kor Ordnans Diraja dengan Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan kekal selamanya.

 

“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”