22 Februari 2023 : Unit CESS ILP APNT telah melaksanakan satu Program Bimbingan Kerjaya Pelajar Semester Akhir Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal Sesi 1/2023.
Program wajib setiap semester ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan kesiapsiagaan semua pelajar semester akhir ILP APNT sesi 1/2023 sebelum menempuh alam pekerjaan.
Satu kelainan pada semester ini iaitu pihak PERKESO Pulau Pinang telah berbesar hati untuk membantu dalam memberi penerangan dan taklimat kerjaya kepada para pelajar semester akhir institut ini. Pegawai PERKESO yang turut serta adalah ini ialah Encik Mohd Khairuddin Mohamad, Encik Mohammad Fadzlan Hariz dan Encik Muhammad Aidil Rosli
Pihak PERKESO juga telah membantu pelajar dalam mendaftar dan mengisi maklumat dalam portal MyFutureJobs. Semua pelajar institut ini telah berjaya mewujudkan akaun MyFutureJobs masing-masing yang akan membantu mereka untuk mencari pekerjaan yang sesuai nanti.
Semoga program pada kali ini dapat memberi manfaat dan menambahkan keyakinan para pelajar ILP APNT untuk bergelar sebagai seorang pekerja industri.
Diharapkan juga bakal graduan ILP APNT pada semester ini berjaya mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan seterusnya menjadi penyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.