Asas Penjagaan Kenderaan bagi Pemandu

21 Februari 2023 : Satu kursus jangka pendek atas talian yang bertajuk Asas Penjagaan Kenderaan Bagi Pemandu telah dilaksanakan khas untuk kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang.

Para peserta dari jabatan berkenaan telah bersiaran secara atas talian di Bilik Mesyuarat Teratai, Pejabat Imigresen Seberang Jaya Pulau Pinang.

Kursus yang telah disertai oleh 30 orang kakitangan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan asas penjagaan kenderaan terutamanya kenderaan jabatan.

Para peserta yang terdiri daripada pemandu kenderaan jabatan dan pegawai yang menguruskan kenderaan jabatan ini diberi pendedahan dan pengetahuan secara teori melalui platform Google Meet.

Semoga dengan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari dapat membantu para peserta dalam melaksanakan tugas hakiki di pejabat masing-masing.

Sekiranya ada agensi kerajaan atau syarikat swasta berminat untuk mengadakan kursus seperti ini atau tajuk-tajuk lain yang kami sediakan, boleh terus menghubungi Unit CESS ILP APNT.