Pertauliahan Penyedia Latihan

Pertauliahan Penyedia Latihan
๐๐„๐‘๐‰๐”๐Œ๐๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Œ๐”๐Š๐€ ๐๐€๐†๐ˆ ๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐๐„๐๐“๐€๐”๐‹๐ˆ๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ (๐“๐‘๐€๐ˆ๐๐ˆ๐๐† ๐๐‘๐Ž๐•๐ˆ๐ƒ๐„๐‘) ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹

09 April 2026 : Unit Corporate & Employment Support Service (CESS), ADTEC JTM Kampus Nibong memulakan langkah proaktif untuk mendapatkan semula pentauliahan sebagai Penyedia Latihan (Training Provider) di bawah Human Resource Development Corporation (HRD Corp).

Melalui sesi perjumpaan bersemuka yang diadakan, inisiatif ini menjadi titik permulaan bagi mendapatkan khidmat nasihat teknikal serta penyelarasan prosedur terkini berkaitan proses pentauliahan tersebut.

Usaha ini bertujuan memastikan ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dapat kembali menawarkan kepakaran teknikal kepada majikan serta pekerja industri melalui kemudahan dana latihan yang disediakan oleh HRD Corp.

Antara matlamat utama inisiatif ini ialah menghidupkan semula status kampus sebagai Registered Training Provider, memudah cara majikan industri memanfaatkan levi latihan bagi pelaksanaan kursus upskilling di kampus ini, serta memperluas penawaran kursus jangka pendek yang lebih fleksibel dan relevan dengan keperluan industri semasa.

Selaras dengan aspirasi memperkukuh hubungan industri, ADTEC JTM Kampus Nibong komited untuk terus berperanan sebagai rakan strategik dalam melahirkan tenaga kerja yang kompeten, berkemahiran dan berdaya saing.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€