
10โ13 November 2025 โ Pertandingan bola sepak di peringkat ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal, anjuran Biro Sukan & Kebajikan MPP ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal Sesi 2025, menjadi acara kemuncak yang dinanti-nantikan sebagai penutup pertandingan sukan kampus.
Pertandingan ini bertujuan mempamerkan bakat sukan, semangat kesukanan, dan kerjasama berpasukan dalam kalangan pelajar. Sebanyak 8 kumpulan daripada pelbagai kursus telah menyertai pertandingan ini.
Kumpulan Bob Marley telah dinobatkan sebagai juara pertandingan, manakala semua pasukan lain turut dipuji atas semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang acara berlangsung.
Pihak institut merakamkan penghargaan kepada MPP ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal kerana berjaya menggalas tanggungjawab dalam menekankan kepentingan sukan sebagai komponen penting dalam pembangunan holistik pelajar.









