Mesyuarat Kolaborasi Industri

Kolaborasi bersama Industri
๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐Ž๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐’๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ
๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐˜๐€๐Œ๐€๐†๐€๐“๐€ (๐Œ) ๐’๐ƒ๐ ๐๐‡Z
๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐„๐๐†๐€๐‡ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐’๐“. ๐๐€๐”๐‹
ย 
24 November 2025 โ€“ Satu mesyuarat kolaborasi industri telah diadakan bersama Yamagata (M) Sdn. Bhd. dan SMK St. Paul bagi membincangkan pelaksanaan Program Latihan Kemahiran Micro Credential dalam bidang Teknologi Media Kreatif dan Teknologi Percetakan Industri selama tiga bulan di ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal.

Program yang dijadualkan bermula pada akhir Januari 2026 ini khas untuk pelajar tingkatan 5 yang telah menamatkan peperiksaan SPM tahun ini. Para peserta yang layak berpeluang diserap masuk sebagai pekerja tetap di Yamagata (M) Sdn. Bhd. selepas tamat latihan.

Selain itu, mesyuarat turut membincangkan tawaran kolaborasi SMK St. Paul dalam melaksanakan Program Perantis TVET Madani di sekolah tersebut. Para pengajar daripada Jabatan Mekanikal & Pengeluaran ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal bersedia hadir ke Seremban untuk melatih pelajar dalam bidang Teknologi Media Kreatif.

Program ini diharap dapat melatih golongan belia dalam bidang kemahiran TVET, sekaligus memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dan industri demi pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€