12 November 2024 (Selasa) : Pegawai-pegawai kanan Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah melawat Kian Joo Can Factory Berhad unutk sesi perbincangan dan kunjungan ringkas.
Sesi perbincangan berkenaan adalah berkisar dengan program-program yang akan dilaksanakan bersama bagi masa yang akan datang. Pelbagai program telah dirangka seperti latihan kemahiran kakitangan syarikat berkenaan dan aktiviti ESG yang mampu dilaksanakan bersama.
Sebagai makluman, Kian Joo Can Factory Berhad adalah rakan kolaborasi institut ini yang sentiasa memberi sepenuh komitmen dan komited dalam menjayakan aktiviti bersama sepanjang tempoh kolaborasi bersama.
Semoga kerjasama akrab antara Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal bersama Kian Joo Can Factory Berhad kekal dan berterusan demi pemerkasaan bidang Teknologi Percetakan sejajar dengan taraf institut ini sebagai Pusat Kecemerlangan Kemahiran (CoSE).
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”