Mesyuarat Kolaborasi Industri bersama Kian Joo Can

10 Februari 2023 : Satu mesyuarat Kolaborasi Industri antara ILP APNT bersama Syarikat Kian Joo Can Factory Berhad telah diadakan di Batu Caves, Selangor.

Mesyuarat dan perbincangan pada kali ini melibatkan pihak pengurusan syarikat dengan pengurusan Bahagian Teknologi Litografi Ofset ILP APNT. 

Agenda utama perbincangan ini adalah berkisar tentang kerjasama dalam pembangunan projek tahun akhir pelajar Diploma Teknologi Percetakan Sesi 1/2023.

Pihak pengurusan ILP APNT amat berbesar hati atas kesudian Syarikat Kian Joo Can Factory Sdn Bhd dalam menawarkan khidmat nasihat dan sumbangan dari segi kepakaran dalam pelaksanaan projek tahun akhir pelajar pada semester ini.

Semoga kerjasama yang erat antara kedua-dua pihak ini dapat diteruskan lagi dan memberi manfaat kepada semua.