Mesyuarat Kolaborasi bersama UiTM Puncak Alam

11 Februari 2023 : Satu mesyuarat Kolaborasi Antara Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah diadakan bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Puncak Alam di pejabat UiTM Puncak Alam.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ts. Dr. Mohd Erman bin Maharam, Ketua Pengajian Seni Digital dan Imejan. Manakala, para pegawai ILP APNT telah diketuai oleh Ts. Adnan bin Ismail, Pengarah Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal.

Antara agenda mesyuarat ialah membincangkan ruang dan peluang serta kerjasama dalam perkongsian teknologi dan ilmu pengetahuan masing - masing.

Selain itu, dibincangkan juga skop pembangunan sumber manusia antara kedua-dua pihak yang melibatkan para pegawai mahupun pelajar masing - masing. 

Diharapkan kerjasama ini dapat dipanjangkan dan berterusan bagi memberi manfaat kepada semua terutamanya industri percetakan negara.