Lawatan Kerjaya Sambil Belajar SMK Raja Lope Nor Rashid

14 Februari 2023 : Seramai 40 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring dari SMK Raja Lope Nor Rashid, Tanjong Piandang telah mengadakan Lawatan Kerjaya Sambil Belajar ke Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal.

Lawatan ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat pelajar berusaha dan mendorong minat mereka bagi menyambung pengajian dalam pengkhususan yang melibatkan bidang kemahiran.

Lawatan ini dimulakan dengan sesi penerangan kepada para pelajar dan guru mengenai ILP APNT dan peluang untuk menyambung pengajian dengan menyertai kursus - kursus sepenuh masa yang ditawarkan.

Kemudian, para pelajar dibawa ke Bengkel Teknologi Litografi Ofset, Bengkel Teknologi Elektrik dan seterusnya diakhiri di Bengkel Teknologi Automotif.

Semoga lawatan ini mencapai objektif dan memberi manfaat kepada pelajar SMK Raja Lope Nor Rashid dalam merancang laluan untuk menyambung pengajian ke arah bidang kemahiran setelah tamat persekolahan nanti.

Sekiranya terdapat sekolah - sekolah yang berminat untuk mengadakan lawatan seperti ini, pihak kami amat mengalu-alukan dan sila berhubung dengan Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) ILP APNT untuk maklumat lanjut.