๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐๐ย &ย ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐ย ๐๐ย ๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐ย ๐๐ย ๐๐๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐
30 Mei 2024 (Khamis) :ย Majlis Penyerahan Bendera ILP APNT daripada Pengarah, Ts. Adnan Bin Ismail kepada Ketua Kontinjen ILP AP Nibong Tebal, En. Mohd Hafiz Bin Abu Bakar telah diadakan sempena pelepasan kontinjen ILP AP Nibong Tebal - Southern Black Panther ke Karnival Kecemerlangan Kokurikulum ILJTM Wilayah Utara 2024 di ILP Ipoh dari 30 Mei hingga 02 Jun.
Sebanyak 8 acara sukan pelajar dan 3 acara sukan kakitangan yang akan disertai oleh kontinjen ILP Nibong Tebal untuk karnival kali ini.ย Majlis turut diiringi dengan bacaan doa bagi memperolehi keredhaan dan keberkatan dariNya sepanjang karnival serta para kontinjen selamat pergi dan pulang.
Selamat berjuang para atlet dan semoga kalian memperoleh kejayaan. Bukan kemenangan menjadi taruhan tetapi semangat juang dan semangat kesukanan yang tinggi perlu diutamakan.
ย