29 -30 Mei 2024 : Sempena Hari TVET Negara 2024, institut ini telah menjalankan Program Kursus Jangka Pendek kepada kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang yang bertajuk Asas Grafik Kreatif Guna Canva selama 2 hari.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang kerana memberi kepercayaan dan amanah kepada institut ini dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada 30 orang kakitangan mereka.
Kursus Asas Grafik Kreatif Guna Canva yang telah berlangsung selama dua hari ini telah dijalankan di di Makmal Komputer Bahagian Teknologi Rekabentuk Grafik Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal.
Para peserta telah diajar asas rekabentuk grafik, tips menghasilkan rekabentuk yang menarik dan penggunaan aplikasi Canva dalam menghasilkan slaid yang lebih menarik dan efektif.
Para pengajar program kursus jangka pendek pada kali ini ialah Pn. Norziah Binti Che Halim, Pn. Norhayati Binti Shamsudin, Pn. Haniza Binti Kamaldin dan Pn. Ermanita Binti Mohamed.
Kursus ini telah mencapai objektifnya dan berjalan dengan sempurna berdasarkan komitmen yang tinggi dan kesungguhan dari para peserta pada kali ini.
Semoga ilmu kemahiran yang telah dipelajari selama dua hari ini dapat memberi manfaat yang sebaiknya kepada para peserta dalam melaksanakan tugas dan kerja masing-masing.
Sekiranya ada agensi kerajaan atau syarikat swasta berminat untuk mengadakan kursus seperti ini atau tajuk-tajuk lain yang kami sediakan, boleh terus menghubungi Unit CESS ILP APNT.
ย