Lawatan Industri Honda

18 April 2024 (Khamis) : 20 orang pelajar Teknologi Automotif diiringi oleh 7 orang kakitangan ILP APNT telah menyertai satu program lawatan industri ke syarikat pembuatan kereta berjenama Jepun iaitu Honda (M) Sdn Bhd di Melaka.

Tujuan program lawatan industri ini dilaksanakan adalah bagi melengkapkan modul Jalinan Industri yang terdapat dalam silibus pembelajaran bidang Teknologi Automotif. Di samping itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Teknologi Automotif ILP APNT mengenai proses pembuatan kereta dan memberi gambaran yang jelas tentang penghasilan sesuatu kenderaan.

Institut ini amat berbesar hati atas kesudian syarikat menerima kunjungan dari para pelajar dan kakitangan ILP APNT yang mana difahamkan permohonan lawatan ke syarikat pembuatan kereta ini sangat banyak dari pelbagai agensi dan institusi pendidikan kerajaan mahupun swasta dan perlu mendapatkan kelulusan dari pengurusan tertinggi syarikat. Dengan layanan yang begitu baik dan mesra dari pihak syarikat, sejajar dengan konsep 'Omotenashi' dalam budaya Jepun ini amatlah dihargai oleh para peserta lawatan.

Semoga peluang yang sangat berharga ini dapat memberi manfaat sebaiknya kepada semua peserta lawatan.

ย 

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€
ย